SelangorToday

IZHAM HADIR MAJLIS PECAH TANAH PELAN TINDAKAN BANJIR SHAH ALAM

Exco Infrastruktur Selangor, Izham Hashim telah menghadiri upacara Pecah Tanah Pelan Tindakan Banjir Shah Alam pada Jumaat. Upacara pecah tanah pelan yang diadakan di Taman Sri Muda itu dinamakan juga dinamankan sebagai Shah Alam Sustainable Urban Drainage Master Plan (SASUD). Kata Izham yang juga Pengerusi AMANAH Selangor, SASUD  merangkumi tempoh 3 tahun akan datang iaitu bagi tahun 2022-2024. Ia berteraskan 2 komponen iaitu ‘structural mitigation measures’ dan ‘non-structural mitigation measures. Jelas Izham lagi, pelaksanaan awal SASUD ini dilaksanakan secara jangka pendek dan berfasa. Fasa satu merangkumi 30 projek dan fasa dua pula merangkumi 19 projek.

Izham ketika menyampaikan ucapan dalam Upacara Pecah Tanah Pelan Tindakan banjir Shah Alam

Sejak 2021, Shah Alam dan Klang menjadi tumpuan ketika musim tengkujuh apabila kejadian banjir besar melanda kawasan tersebut. Dengan langkah yang proaktif dan bersepadu, kerajaan negeri Selangor dibawah kepimpinan HARAPAN membentuk SASUD dengan hala tuju untuk menaiktaraf sistem perparitan utama perbandaran ke arah rekabentuk minima 50 tahun Average Recurrence Interval (ARI), menaiktaraf kolam takungan yang mampu berfungsi apabila banjir luar biasa, menambah struktur penyokong air larian permukaan seperti parit erong, menyediakan tebatan banjir yang boleh menyokong sistem tebatan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Neger Selangor, dan membina sistem ramalan dan pemantauan banjir perbandaran secara bersepadu berkonsepkan Artificial Intelligence (AI).

Tambah Izham lagi, sebanyak 4 projek bagi SASUD telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah banjir di kawasan pentadbiran MBSA. Projek tersebut adalah membina rumah pam di Persiaran Aman dan kerja-kerja infrastruktur di Taman Sri Muda Seksyen 25, membina rumah pam di Jalan Saksama 25/39 dan Jalan Khidmat 25/35 serta kerja-kerja infrastruktur di Taman Sri Muda, menaiktaraf rumah pam serta kerja- kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 13 dan Seksyen U1, dan membaik pulih dan naiktaraf sistem pembentungan di sebahagian Kampung Bukit Naga Seksyen 32, Shah Alam. Keseluruhan kos bagi projek pelan tindakan banjir ini bernilai RM14.6 juta. Maka, kerja-kerja pecah tanah untuk projek di bawah Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASUD) adalah membina rumah pam di Jalan Saksama 25/39 dan Jalan Khidmat 25/35 serta kerja-kerja berkaitan infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dilakukan hari ini. – Selangor today

Exit mobile version