SelangorToday

IZHAM HASHIM PERSOAL KESUNGGUHAN KERAJAAN PUSAT KAWAL HARGA BARANG

Pengerusi AMANAH Selangor, Ir. Izham Hashim menempelak kesungguhan kerajaan persekutuan dibawah kepimpinan Ismail Sabri yang gagal meringankan beban rakyat yang tertekan akibat kenaikan harga barang. Berucap ketika himpunan kenaikan harga barang di Masjid Jamek Kampung  Baru, Izham berkata, kerajaan Selangor yang pastinya berpendapatan lebih rendah berbanding kerajaan persekutuan, tetapi berjaya menyedaikan pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat. Himpunan kenaikan harga barang itu dianjurkan oleh Biro Mobilasi AMANAH Nasional turut dihadiri oleh Naib Ketua AWAN Nasional, Anfaal Saari, Pengarah Sumber Manusia AMANAH Selangor, Abbas Adzmi dan ADN Taman Templer, Sany Hamzan.

Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang di Masjid Jamek Kampung Baru

Dalam ucapan Izham juga, beliau menyatakan kerajaan Selangor dibawah Pakatan Harapan mengadakan Jualan Ehsan dibeberapa buah Dewan Undangan Negeri sekitar Selangor sempena Hari Raya Aidil Adha. Program ini akan menyediakan barang-barang keperluan yang berkualiti tetapi masih pada kadar harga yang berpatutan. Selain itu, Selangor berjaya memasarkan jualan Ayam pada ketika seluruh negara mengalami kekurangan bekalan Ayam pada bulan Jun. Dengan inisitiaf kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bekalan yang kurang di Selangor dapat diatasi.

Kenaikan harga barang keperluang yang tidak terkawal mendorong AMANAH mengadakan himpunan bagi menyampaikan suara rakyat yang sedang tertekan. Ditambah pula kerajaan akan menamatkan pemberian subsidi kepada barang keperluan menyebabkan harga barang akan terus naik melambung. Namun, tindakan AMANAH membangkitkan suara rakyat dilihat sebagai satu kesalahan apabila mereka yang berucap di Kampung Baru di panggil pihak polis untuk siasatan.

Exit mobile version