SelangorToday

IZHAM HASHIM PERSOAL PERPADUAN MELAYU ALA UMNO-PAS

Pengerusi AMANAH Selangor, Ir. Izham Hashim mempersoalkan agenda melayu Islam yang dibawa oleh UMNO-PAS menuju PRU ke-15. Kata beliau ada 2 persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh orang ramai, adakah UMNO dan PAS benar-benar mahu memperjuangkan melayu Islam atau ada agenda lain yang tersembunyi.

Kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor itu, pertama jika UMNO dan PAS benar-benar mahu menyatukan orang melayu Islam dan memperjuangkan nasib mereka, mengapa UMNO dan PAS tidak menjemput AMANAH bersama mereka sedangkan AMANAH juga parti bernuansa Islam. Mengapa tidak dijemput pemimpin melayu dalam KEADILAN dan DAP bersama memandangkan mereka juga melayu Islam yang wajar bersatu padu seperti yang diperjuangkan oleh UMNO dan PAS?

ADN Pandan Indah itu menambah, penyatuan melayu yang diperjuangkan oleh UMNO dan PAS sangat janggal kerana di Selangor mereka bersatu atas nama melayu Islam, tetapi di negeri lain seperti Terengganu, Johor dan Melaka juga Kedah mereka bergaduh sesama sendiri. Adakah penyatuan melayu Islam hanya perlu di Selangor sahaja, manakala negeri lain tidak diperlukan kesatuan? Bendahari Agung AMANAH itu berkata, terbukti bahawa penyatuan UMNO dan PAS kononya untuk kebaikan melayu Islam hanya retorik semata-mata.

Exit mobile version