SelangorToday

IZHAM HASHIM TEMPELAK UMNO, HANYA FIKIRKAN PERUT SENDIRI BERBANDING RAKYAT

Pengerusi AMANAH Selangor, Ir. Izham Hashim menempelak UMNO parti melayu sejarah itu yang tidak langsung memikirkan soal kebajikan rakyat. Izham mengulas program UMNO yang diadakan di PWTC pada sabtu yang kebanyakkannya menolak dan menghina institusi kehakiman memandangkan keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menyebelahi pemimpin besar UMNO Najib Razak. Ia menyaksikan Najib Razak dipenjarakan selama 12 tahun berkuatkuasa selasa lalu. Melalui laman sosial Izham, Timbalan Pengerusi PH Selangor itu berkata, mantra yang diucapkan oleh semua pemidato yang berucap hanyalah mahu Najib Razak dibebaskan daripada penjara dan Pilihan Raya Umum diadakan segera, langsung tiada satu pun ucapan yang menyetuh soal rakyat yang tertekan.

Malah dalam ucapan yang diberikan, ibarat Institusi Kehakiman negara berada dalam keadaan rosak dan lemah akibat keputusan menghukum Najib Razak. Ini membuktikan bahawa UMNO jauh kebelakang untuk memikirkan soal kos sara hidup rakyat, kegawatan ekonomi dan peluang pekerjaan yang semua isu itu menjadi keutamaan sekarang. Jelas UMNO ibarat singa kelaparan di tanah yang gersang, membuat apa sahaja demi mengenyangkan perut mereka.

Izham juga turut menyalahkan PAS yang satu ketika dahulu membantu UMNO yang sedang lemas. Sedangkan UMNO dari dulu hingga kini tidak pernah insaf dan memuhasabah diri daripada merakus sebanyak boleh wang negara. PRU 14 PH berjaya membenamkan UMNO, namun PAS menghulurkan tangan menghidupkan mereka semula. Akhirnya hari ini PAS kembali berseteru bersama UMNO. BERSATU juga turut bersubahat apabila sanggup mengkhianati PH dan bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan, kesannya UMNO sedang berada dalam kerajaan meski pun bukan berkuasa penuh. – Selangor Today

Exit mobile version