SelangorToday

IZHAM SAMPAIKAN SUMBANGAN TABLET DAN LAPTOP KEPADA WARGA TANI

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim telah turun ke daerah Klang untuk menyampaikan sumbangan tablet dan laptop kepada warga tani disana. Selain daerah Klang, Ir.Izham juga turun ke daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk turut sama menyampaikan sumbangan. Kata Ir. Izham, sumbangan laptop dan tablet ini merupakan satu inisiatif kerajaan negeri dibawah kelolaan Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Industri Makanan Selangor yang dinamakan sebagai Agro Prihatin.

Pengerusi AMANAH Selangor itu menambah, Program Agro Prihatin merupakan salah satu daripada 9 kluster dalam Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) 2021-2025 yang pastinya ia merupakan usaha kerajana negeri dalam memperkasakan sektor pertanian dan dirangka untuk meningkatkan produktiviti dan kemampanan ekonomi. Pelan tersebut juga membantu meningkatkan kapasiti modal insan dalam sektor pertanian di Negeri Selangor.

ADN Pandan Indah untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada 40 orang warga tani yan terdiri daripada petani, penternak dan industri asas tani yang layak telah menerima sumbangan ini. Tujuan sumbangan ini adalah untuk membantu mereka dan anak-anak agar tidak ketinggalan dalam arus teknologi pendidikan dan uga pertanian yang begitu berkembang pantas ketika ini. Ir. Izham berharap sumbangan ini dapat meringankan beban serta memberi peluang kepada warga tani memperbaiki kehidupan mereka.

Exit mobile version