SelangorToday

IZHAM SANTUNI MASYARAKAT INDIA DI PANDAN JAYA, AGIH SUMBANGAN

Timbalan Pengerusi HARAPAN Selangor, Ir.Izham Hashim meluang masa turun menemui masyarakat India di Pandan Jaya pada Ahad. Memandangkan Perayaan Deepavali bakal disambut keesoakan harinya oleh masyarakat India, seiring itu Ir. Izham menyantuni masyarakat disana. Ir.Izham bersama masyarakat India melalui Program Prihatin Deepavali. Dalam kesibukan kerajaan negeri Selangor membuat persediaan untuk menghadapi musim banjir yang boleh berlaku pada bila-bila masa, kerajaan negeri juga komited untuk memastikan perayaan pelbagai kaum dapat disambut dengan jayanya.

Komuniti India memenuhi ruang program yang disertai oleh Ir. Izham

Melalui laman sosial Ir. Izham yang juga Exco Infrastruktur Selangor itu berkata, beliau telah menyerahkan sumbangan ayam, tepung maruku, dan rempah kari melibatkan 500 penerima di Pandan Jaya. Sumbangan ini meskipun bukanlah mewah, namun jelas terpancar diwajah penerima akan kegembiraan apabila ada yang sudi membantu disaat kos sara hidup yang makin meningkat malah semua barang keperluan terpaksa dibeli dengan percaturan wang yang sedikit.

Ir.Izham menghargai peranan NGO dan komuniti setempat menjayakan Program Dapur Peduli

Di Program yang berlainan, Pengerusi AMANAH Selangor itu telah hadir ke Pangsapuri Meru Ehsan untuk melihat sendiri persiapan Program Dapur Peduli yang menyediakan 100 pek makanan asas kepada penduduk sekitar meru. Program yang mendapat kerjasama NGO Meru Prihatin itu juga turut dijayakan oleh persatuan penduduk setempat. Ir. Izham mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komited semua pihak yang terlibat sambil menerangkan beberapa inisiatif daripada kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang diperuntukkan kepada 6 juta warga Selangor. –Selangor Today.

Exit mobile version