SelangorToday

IZHAM UMUM INISIATIF PENGURUSAN EMPANGAN SELANGOR HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan Negeri Selangor akan melalukan beberapa inisiatif sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut. Perubahan monsun yang bakal meningkatkan kadar hujan dibeberapa kawasan termasuk pantai timur dan wilayah Serawak dijangka bermula bulan November 2024. Atas sikap persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan, Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor(LUAS) telah memulakan strategi pengurangan kapasiti simpanan air empangan melalui pelepasan air empangan secara optima.

Pengerusi Parti AMANAH Negeri Selangor itu turut menjelaskan, pelepasan air empangan tersebut akan dilaksanakan dari 16 Ogos 2024 sehingga 30 September 2024. Pelepasan air empangan bagi ketujuh-tujuh empangan yang dikawal selia oleh LUAS bertujuan mengurangkan kapasiti simpanan air empangan terlibat ke tahap 90% kecuali bagi empangan Klang Gates  ke tahap 85%. Tambah Izham,tindakan menurunkan kapasiti simpanan air empangan ini merupakan inisiatif LUAS untuk menyediakan ruang yang mencukupi bagi kesemua empangan bagi kesiapsiagaan sekiranya menerima kadar intensiti hujan yang tinggi. Tindakan tersebut juga kata beliau untuk mengelakkan limpahan air empangan yang berpotensi menyebabkan kesan banjir di bahagian hilir berlaku.

Namun, Izham yang juga Ahli Dewan Negeri Pandan Indah menyatakan bahawa kawalan pelepasan air empanagan akan disemak atau dikaji semula berdasarkan kepada perubahan cuaca yang dijangkakan bermula 1 Oktober 2024 dengan tidak melebihi simpanan 95% bagi semua empangan kecuali empangan Klang Gates pada tahap kapasiti 90% sebelum 15 Disember 2024. Sebaliknya beliau memaklumkan melalui rekod pemantauan oleh Integrated Water Resources Management System(IWRIMS), LUAS mendapati berlaku peningkatan 4% kapasiti simpanan air empangan Klang Gates berikutan hujan lebat pada 12 Ogos 2024. Namun peningkatan tersebut tidak menyebabkan sebarang limpahan atas faktor ruang yang masih mencukupi. – SelangorToday

Exit mobile version