Exco Infrastuktur dan Pertanian Selangor, Ir. Izham Hashim mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 akan diberikan oleh Kerajaan Selangor bagi membuat kerja baik pulih bumbung rosak akibat ribut yang melanda Flat Ampang Hilir. Kejadian tersebut berlaku pada hujung bulan Ogos lalu mendapat perhatian Ir. Izham selaku Exco yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwa kemudahan dan infra di Selangor. Semasa turun memantau keadaan disana, Ir. Izham yang diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Dr. Ani Ahmad semalam memaklumkan bahawa kerja pembaikan telahpun bermula dan mengambil masa beberapa minggu lagi untuk disiapkan.
Melalui catatan di laman sosialnya, Pengerusi AMANAH Selangor itu juga berkata bahawa Kerajaan Negeri turut memberikan perlindungan sementara kepada penduduk yang terjejas melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan NADMA. Beberapa minggu ini Selangor mengalami kekerapan hujan yang tinggi serta ribut yang kuat sehingga menyebabkan ada kawasan yang ditimpa bencana pokok tumbang dan banjir kilat. Walaubagaimana pun, Ir. Izham yang dipilih sebagai Exco buat kali kedua akan terus memperkasakan perancangan Infranya demi memastikan Selangor dapat mengatasi dan menangani kesan bencana alam.
Ir. Izham yang juga ADN Pandan Indah memberikan jaminan bahawa pasukannya melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pandan Indah akan terus membantu masyarakat dari segi keperluan dan kebajikan. Dalma masa yang sama Ir. Izham berharap agar penduduk yang terjejas bersabar dengan ujian yang menimpa mereka. – Selangor Today