SelangorToday

JALAN TERPUTUS AKIBAT TANAH RUNTUH, NEGERI BINA JAMBATAN SEMENTARA

Kerajaan Negeri mengambil langkah segera dengan membina jambatan sementara (bailey bridge) di Jalan Sungai Lalang, Semenyih berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan jambatan baharu akan dibina dalam tempoh dua tahun bersama Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Kajang dan beberapa agensi lain.

“Saya berharap pengguna jalan raya di sini berhati-hati serta sentiasa waspada dengan keadaan semasa memandangkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini,” katanya di Twitter semalam.

Sebelum itu, beliau bersama agensi berkaitan meninjau kejadian mendapan dan hakisan yang mengakibatkan tanah runtuh di jambatan Jalan Sungai Lalang, petang Isnin.

Menerusi hantaran Facebook, Ir Izham dimaklumkan kejadian tanah runtuh di kawasan itu turut menyebabkan jalan terputus dari kedua-dua arah. – SelangorKini

Exit mobile version