Pakatan Harapan kembali mengadakan jelajahnya ke seluruh negeri Selangor pada Sabtu lalu di Kuala Langat. Kuala Langat yang merupakan kawasan parlimen yang wakil rakyatnya melompat parti daripada KEADILAN kepada bebas yang mesra kerajaan itu menjadi kawasan pertama yang digempur oleh semua pimpinan Pakatan Harapan sama ada di peringkat nasional mahupun negeri. Pada di sebelah paginya, Pakatan Harapan yang merupakan kerajaan negeri Selangor menganjurkan Jelajah Selangor Penyayang yang diiringi beberapa program khas seperti Selangor Saring dan pelbagai program Inisiatif Selangor yang lain.
Acara pada malam tersebut dimulakan oleh ucapan pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan Selangor. Pakatan Harapan membarisi penceramah-penceramah muka baru yang pastinya akan ditonjolkan sebagai calon muka baru PH dalam PRU akan datang. Kemuncak acara adalah ucapan pimpinan yang mewakili parti masing-masing diperingkat nasional. Ucapan dimulakan oleh Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari yang juga mantan Ketua Menteri Melaka. Dalam ucapan serba hangat itu, Adly meyakini bahawa PH dibawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim mampu membentuk kerajaan yang tidak mengamalkan undang-undang. Amalan ‘Double Standard’ yang berlaku sekarang membuktikan bahawa kerajaan lemah mengurus negara.
Selepas ucapan Adly, Exco Pemberdayaan Pekerja Selangor, Ganabatirau a/l Veraman mewakili DAP menyeru masyarakat untuk tidak termakan dengan isu perkauman yang dibangkitkan oleh parti pemerintah persekutuan. Tambah beliau, menjelang PRU, isu perkauman akan dimainkan bagi memecah belahkan kesatuan rakyat yang dibentuk. Namun, rakyat tidak boleh terpedaya dengan propaganda ini memandangkan rakyat Selangor hidup bersatu padu dibawah pimpinan Pakatan Harapan. Pengerus PH Selangor yang juga Pengerusi MPN KEADILAN Selangor, Dato Seri Amiruddin Shari juga berucapa mewakili KEADILAN.
Sokongan masyarakat di Kuala Langat memuncak apabila Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim hadir menyampaikan ucapannya. Sebelum itu Anwar sempat beramah mesra bersama penduduk yang sedang bersantai di pantai morib. Seterusnya beliau menegaskan dalam ucapannya bahawa corak kepimpinan negara yang masih berada pada gaya lama telah melembabkan kemajuan negara. Anwar menempelak pemimpin melayu yang kononnya memperjuangkan orang melayu, hakikatnya mereka hanya memberli golongan melayu elit, sedang rakyat marhaen terhimpit dalam kemiskinan. Jelajah PH akan terus dijalankan merangkumi seluruh negeri Selangor. Semua jentera mobilasi PH diseluruh negara juga telah digerakkan.