SelangorToday

JENTERA, BILIK GERAKAN PERPADUAN DUN HULU KELANG DILANCAR, SIAP PERTAHAN KEMENANGAN

Jentera dan Bilik Gerakan Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dilancar malam ini sebagai persiapan mendepani pilihan raya negeri ke-15 (PRN15).

Pelancaran disempurnakan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Mohamad Sabu disaksikan Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Melawati Square Lorong Perak, Bandar Melawati, Taman Melawati di sini.

Pengerusi HARAPAN Selangor, Amirudin Shari

Sebagai simbolik pelancaran, Mohamad menyarung jaket kepada beberapa wakil jentera diiringi laungan ‘Perpaduan Ready!’ oleh kira-kira 500 penyokong HARAPAN dan Barisan Nasional (BN).

Sebelum pelancaran, hadirin didengarkan dengan ucapan Penolong Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Jamaliah Jamaluddin, Ketua Wanita HARAPAN Nasional Aiman Athirah Al Jundi, Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim, Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebelum diakhiri Mohamad dan Amirudin.

DUN Hulu Kelang menjadi antara kerusi tumpuan berikutan pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) dikatakan akan bertanding di situ.

Aiman Athirah Al-Jundi, Ketua Wanita HARAPAN
Megat Zulkarnain Megat Omardin, Pengerusi BN Selangor

Pada 23 Jun, Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan sekali gus membuka laluan kepada PRN untuk diadakan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Ghani Salleh menetapkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRN membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jamaliah Jamaluddin, Penolong Setiausaha DAP Selangor
Anfaal Saari, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Gombak

Hari penamaan calon ditetapkan 29 Julai sementara pengundian awal 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

Exit mobile version