SelangorToday

JENTERA HARAPAN DAN BN PERLU TAWAN SUNGAI BAKAP – IR. NIZAR

Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin menyeru jentera HARAPAN yang dianggotai KEADILAN, DAP dan AMANAH serta Barisan Nasional(BN) untuk mengerakkan seluruh usaha bagi menawan kerusi Sungai Bakap dari tangan PAS. Beliau yang berucap mewakili AMANAH dalam Pelancaran Jentera Kerajaan Perpaduan DUN Sungai Bakap itu berkata, adalah menjadi tuntutan kepada semua ahli dan pimpinan untuk memastikan kerusi yang dimenangi sebelum ini oleh HARAPAN selama tiga penggal kembali kepada HARAPAN. Jentera berperanan untuk menyampaikan hasrat dan pencapaian Kerajaan Perpaduan kepada pengundi semaksima mungkin.

Exco Infrastruktur Negeri Perak itu menjelaskan, kemenangan calon HARAPAN yang mewakili Kerajaan Perpaduan di Sungai Bakap kelak akan menjadi petunjuk jelas bahawa rakyat menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia. Malah kemenangan ini sekaligus menggambarkan kehendak rakyat untuk menolak sebarang fahaman ghuluw atau ektsrem.Tambah Nizar lagi, jentera parti termasuk HARAPAN dan BN wajar menyebarluaskan perkembangan terkini negara serta aspirasi Kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim yang menolak sebarang elemen rasuah seterusnya mengangkat tatakelola kerajaan yang baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sungai Rapat itu turut menegaskan rakyat Sungai Bakap seharusnya memilih HARAPAN dalam Pilihan Raya Kecil kali ini memandangkan HARAPAN yang mengetuai Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat persekutuan mahupun Negeri Pulau Pinang menekankan soal pembasmian rasuah dan perpaduan negara. Wajar rakyat bersama HARAPAN disaat negara sedang mengalami hutang negara yang banyak, kerajaan berusaha untuk mengawalnya. Nizar juga berkata, jadikan kemenangan ini sebagai hadiah yang bermakna buat Perdana Menteri. – SelangorToday

Exit mobile version