Timbalan Pengerusi HARAPAN, Mohamad Sabu yakin jika kerajaan perpaduan ini kekal memerintah selama 5 tahun dan tidak tergugat, rakyat akan mula merasai pembaharuan dan reform yang sedang diusahakan sekarang. Mohamad ketika menghadiri Majlis Jamuan Rakyat anjuran HARAPAN Temerloh di Temerloh Pahang semalam. Kata Mohamad yang baru diamanahkan sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bahawa keadaan akan berubah dan rakyat akan mula merasai nikmat pembaharuan tersebut jika kerajaan ini kekal memerintah sehingga habis penggal. Beliau yang sebelum itu menerjah ladang penternakan ayam dan pengeluaran telur terus ke Temerloh untuk bersama rakyat meskipun HARAPAN tewas disana.
Bagi konteks HARAPAN Temerloh pula, Mohamad berkeyakinan bahawa Temerloh akan kembali ke tangan AMANAH-HARAPAN dalam penggal akan datang atas kesedaran rakyat melihat HARAPAN sedia bekerjasama dengan pesaing politik sebelum ini demi mengwujudkan sebuah kerajaan perpaduan. Tambahan pula, Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasbie Muda yang juga calon HARAPAN di Temerloh itu berikrar akan meneruskan khidmatnya di Temerloh meskipun tewas. Maka Mohamad menyeru semua pihak sama ada anggota kerajaan perpaduan, jentera parti dalam yang menganggotai kerajaan perpaduan untuk berusaha bersungguh-sungguh mencelikkan rakyat dan membangunkan negara demi mengembalikan kegemilangan Malaysia.
Sebelum itu, Mohamad memaklumkan bahawa beliau akan memulakan perbincangan terperinci dengan Kementeri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi merungkaikan permasalahan ketiadaan telur dalam pasaran. Menyedari bahawa kos sara hidup yang tinggi merupakan isu yang menekankan rakyat, maka kewibawan Mohamad memastikan bekalan makanan mencukupi di pasaran akan teruji buat masa ini. Namun, keprihatinan Mohamad disamping komitmen beliau yang sentiasa mendahului pihak lain berjaya meredakan kegusaran rakyat marhaen. – Selangor Today