Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil menempelak luahan rasa hati yang dinyatakan oleh AJK PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki yang menyatakan bahawa sumpah yang dilafazkan oleh Najib Tun Razak beberapa hari sebelum dijatuhkan hukuman penjara itu memberikan keyakinan kepada Mohd Zuhdi yang Najib Tun Razak tidak bersalah. Kata Faiz ia amat mengelirukan memandangkan berdasarkan perundangan Islam, sumpah mubahalah tidak diiktiraf. Adakah sumpah mengatasai bukti? Soal Faiz.
Tambah ADUN Permatang Pasir itu, jelas kelihatan bahawa semua bukti dan hujah yang dikemukakan untuk mendakwa Najib Tun Razak kukuh. Malah pasukan pembelaan yang berhujah dengan pelbagai alasan gagal mengemukakan bukti. Maka adakah segala fakta dan pembuktian yang dibangkitkan oleh Pendakwa Raya boleh mengatasi sumpah yang dilakukan? Jika terdapat kesilapan dalam proses penghakiman, Faiz mencabar PAS untuk buktikan.
Faiz juga yang bertugas sebagai pengamal undang-undang menyatakan bahawa jika sumpah mubahalah boleh diterima dalam sistem perundangan, kenapa tidak Presiden PAS bersumpah mubahalah sahaja di dalam kes sama fitnah dana RM90 juta terhadap Editor Sarawak report Clare Brown. Faiz menempelak sikap PAS yang sentiasa flip-flop dan hipokrasi dalam menghalalkan perjuangannya menggunakan sentimen agama. Sepatutnya tidak perlu Presiden PAS tidak perlu menarik balik kes sehingga perlu membayar RM1.4 juta kepada Clare, sebaliknya cukup sekadar bersumpah. – Selangor Today