SelangorToday

JUALAN EHSAN RAHMAH TIADA DI KELANTAN DAN KEDAH, HANYA ADA DI SELANGOR – ABBAS

Dewan Negeri Selangor – Ahli Dewan Negeri kawasan Seri Serdang, Abbas Adzmi Dato Salimmi mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemerintahan PERPADUAN apabila berjaya meningkatkan pendapatan negeri lebih tinggi tahun demi tahun. Malah beliau menghargai komitmen kerajaan dalam meneruskan pelbagai inisiatif membantu rakyat di Selangor termasuk Iltizam Selangor Penyayang. Abbas turut berkata, Jualan Ehsan Rahmah yang mula dicetuskan oleh kerajaan negeri tidak ada di negeri lain khususnya di negeri pembangkang. Program tersebut jelas memberikan manfaat besar kepada rakyat yang memerlukan.

Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor itu juga membangkitkan soal tuduhan blok pembangkang kepada kerajaan negeri apabila kerajaan menarik balik skim pengecualian cukai taksiran kepada kampung tradisi, kampung nelayan dan kampung baru dianggap sebagai membebankan rakyat, sedang usaha tersebut merupakan satu langkah bagi memastikan pengecualian diberikan kepada yang benar-benar layak sahaja. Tambah Abbas, umum menyedari Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) turut memberikan khidmat kepada kampung – kampung tersebut, namun mereka tidak mendapatkan sebarang cukai hasil daripada kawasan tersebut. Maka langkah kerajaan bagi membantu PBT menampung khidmat mereka melalui kenaan cukai taksiran kepada mereka yang berpendapatan tinggi di kampung.

Abbas turut mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya memberdayakan masjid dan surau sebagai one stop centre kepada masyarakat. Jelas beliau, masjid dan surau merupakan masyarakat saling bertemu, maka wajar peranannya diperkasakan. Abbas mahu pusat tuisyen rakyat Selangor diadakan di kawasan masjid dan surat termasuk pusat pendaftaran Iltizam Selangor Penyayang. Dengan cara itu, masjid dan surau akan menjadi perhatian masyarakat. –SelangorToday

Exit mobile version