Site icon SelangorToday

JUMLAH PENDUDUK SELANGOR YANG BELUM DIVAKSIN

Bagi populasi remaja (12-17 tahun), pemberian vaksin Covid-19 masih dalam proses/masih berjalan dengan semua agensi yang terlibat termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta pihak NGO.

Bagi kumpulan remaja yang sukar untuk hadir ke PPV, seperti remaja yang tidak bersekolah, remaja orang asli, remaja di dalam pusat institusi pemulihan atau rumah perlindungan, proses pemberian vaksinasi sedang berjalan melalui program jangkau luar/outreach yang dijalankan oleh Pasukan Outreach PKD dan NGO seperti MERCY dan IMARET.

Mengikut anggaran populasi penduduk dewasa (>18 tahun) negeri Selangor, seramai 87.8% telah divaksinasi sekurang-kurangnya dos 1. Sebahagian kecil yang belum divaksinasi merupakan mereka yang tergolong dalam kategori yang tidak boleh menerima vaksin atau mempunyai kontraindikasi kepada vaksin Covid-19, manakala selebihnya merupakan golongan yang menolak vaksin. Golongan unreached population pula sedang dibuat jangkau luar oleh pasukan outreach PKD.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 (PP Bil.4/2021) Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berkuat kuasa 18 Oktober 2021. Pekeliling perkhidmatan ini telah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 10 November 2021 untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri bertujuan menggunapakai sepenuhnya PP Bil.4/2021 di Pentadbiran ini.

Berdasarkan pekeliling perkhidmatan tersebut dinyatakan bahawa penjawat awam atau pegawai perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan. Ini bertujuan untuk memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta prduktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap yang optimum.

Oleh itu, pada atau selepas 1 November 2021, pegawai boleh diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 yang lengkap dengan cara mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan Ketua Jabatan boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan. Sekiranya pegawai tidak dapat melengkapkan dos imunisasi COVID-19 atas sebab kesihatan, pegawai boleh diarahkan Ketua Jabatan

untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan berdaftar bagi mengesahkan bahawa pegawai tidak layak untuk menerima imunisasi COVID-19 daripada segi perubatan (medically inelligable).

Untuk makluman, jumlah keseluruhan terkini penjawat awam di negeri Selangor adalah seramai *22,314 orang. (*sumber rasmi daripada data Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia 2.0 atau Human Resource Management Information System 2.0 (HRMIS 2.0))

Berdasarkan data yang diterima daripada 43 jabatan dan agensi sehingga 16 November 2021 jumlah penjawat awam yang masih belum mendapatkan dos imunisasi COVID-19 hanya seramai 132 orang iaitu 0.59% daripada jumlah keseluruhan penjawat awam di negeri Selangor.

Exit mobile version