SelangorToday

KAJIAN PH YAKIN MAMPU PERTAHAN SELANGOR, BERBEZA DENGAN KAJIAN UMNO

Walaupun UMNO berkeyakinan boleh menawan semula Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, namun kajian Pakatan Harapan (PH) menunjukkan sebaliknya. Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim berkata, Selangor tidak boleh dibandingkan dengan Melaka dan Johor kerana senario politik di dua negeri berkenaan berbeza.

Kajian mendapati keadaan agak berbeza di negeri Selangor di mana kerajaan PH telah mentadbir negeri Selangor selama tiga penggal dengan baik dan bersih. “‘Track record’ pentadbiran kerajaan negeri yang baik dan berintegriti serta stabil ini telah membawa manfaat kepada seluruh rakyat dan negeri Selangor.

Ini perbezaan yang besar Selangor berbanding Johor dan Melaka dan agak sukar untuk UMNO dan BN untuk kembali menguasai negeri Selangor, katanya ADN Pandan Indah. Mengulas lanjut, Izham berkata, sebenarnya kemenangan UMNO dan BN dalam PRN di Melaka dan Johor bukan disebabkan oleh gelombang rakyat yang kembali menyokong mereka sebaliknya mendapat manfaat daripada perpecahan pembangkang.

Exit mobile version