SelangorToday

KAMU BERKERJA UNTUK AGENDA SIAPA? LOKMAN SOAL DR.AKMAL

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam mempersoalkan agenda yang dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Salleh terhadap maklum balas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkaitan Perintah Tambah ‘Tahanan Rumah’ Najib Tun Razak.

Dalam satu ciapan Ketua Sekretariat Media Kerajaan Perpaduan itu, Lokman mempersoalkan Dr. Akmal sedang menjayakan agenda siapa sehingga mempersoalkan maklum balas PM itu. Beliau menambah, mengapa Dr. Akmal menyerang kerajaan dalam isu ini sedangkan Dr. Akmal tahu bukan kerajaan yang menyimpan Perintah Tambahan tersebut.

Sepatutnya Dr. Akmal menunggu keputusan mahkamah yang boleh memuktamadkan sama ada Perintah Tambahan tersebut sah atau sebaliknya.

Sebelum ini Dr.Akmal yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka memberi maklum balas terhadap komen PM, Anwar yang berkata tindakan TPMnya iaitu Dr. Ahmad Zahid adalah atas kapasiti Presiden UMNO, dan Anwar tidak mahu mencampuri urusan Lembaga Pengampunan Diraja. – SelangorToday

Exit mobile version