SelangorToday

KARTUNIS IMUDA ATAU PELAKON WATAK ‘BUDIN’ DIKURNIAKAN GELARAN DATO

Pelakon berbakat besar, A. Rahim Muda atau dikenali sebagai Imuda dikurniakan penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri(D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato’.

Penganugerahan tersebut sempena Hari Ulang Tahun Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.

Imuda merupakan penggiat seni yang berbakat besar sebagai seorang pelukis, pelawak dan penyanyi semasa era 80an dan 90an.

Beliau pernah menjadi fenomena Malaysia satu ketika dahulu apabila berjaya membawa watak Sam dalam sitcom 2+1 arahan Othman Hafsham.

Telatah beliau yang lucu disamping rakannya Almarhum Ahmad Busu, Almarhum Zami Ismail dan Sabri Yunus dalam sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu akan sentiasa diingati masyarakat.

Selain karya seni lukis yang hebat pernah beliau hasilkan, beliau juga merupakan pelakon utana Filem Imigran, Balik Kampung, Mat Som dan Mat Gelap.

Penyanyi lagu versi blues yang berumur 65 tahun itu pernah memenangi Anugerah Artis Komedi Popular ABPBH tahun 1997/1998.

Exit mobile version