Ahli Dewan Negeri Taman Temple, Sany Hamzan menempelak kerajaan Persekutuan dalam menguruskan keadaan Inflasi. Kata beliau, sehingga hari ini, harga barang gagal dikawal oleh kerajaan persekutuan. Maka adakah penubuhan jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa itu benar-benar mahu menguruskan inflasi? Beliau berkata demikian ketika membahaskan pembentangan Rancangan Selangor di Dewan Negeri minggu lalu menambah, tidak nampak sebarang hasil daripada usaha penubuhan Jawatankuasa Jihad Menangani Inflasi meskipun sudah sebulan dan berkali-kali mesyuarat diadakan.
Menambah dalam perbahasan, sempena pembentangan Rancangan Selangor ini, Sany mahu kerajaan Selangor menumpukan kepada usaha menjadi Negeri Selangor sebagai negeri pengeluar makanan terbesar di Malaysia. krisis yang berlanjutan sehingga hari ini menampakkan bahawa pengeluaran makanan sendiri harus menjadi keutamaan pemerintah. Beliau yang juga Timbalan Ketua AMANAH Hulu Langat memberi contoh, rakyat beliau pakaian mungkin sebulan sekali, namun rakyat beli makanan hari-hari. Oleh itu, juga pengeluaran makanan kita terbantut, maka ia mampu menjadi krisis terbesar rakyat.
Mengimbau keadaan sebelum ini, Sany memberi amaran kepada Barisan Nasional yang menjadi tunjang kerajaan Keluarga Malaysia ini untuk berhati-hati dan sentiasa mendengar pandangan rakyat. Kata beliau, sebelum ini jika pemerintah tidak mendengar suara rakyat, kita akan turun beramai-ramai bagi mendesak kerajaan tunduk pada kehendak rakyat. Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi Mobilasi AMANAH Nasional bersedia bila-bila masa untuk menggerakkan seluruh rakyat untuk mendesak kerajaan menangani masalah harga barang dan makanan segera mungkin.