SelangorToday

KEBAJIKAN ORANG ASLI DIJAGA, SELANGOR PERUNTUK RM1 JUTA UNTUK BINA RUMAH

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menjaga dan memperkukuhkan agenda kebajikan Orang Asli di Selangor. Exco Sumber Manusia, Hal Ehwal Orang Asli dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V.Papparaidu Veraman berkata Selangor telah memperuntukan RM 1 Juta bagi pembinaan rumah baharu Orang Asli. Peruntukkan ini kata Papparaidu meliputi Orang Asli di Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat. Sebanyak 13 buah rumah telah dan akan dibina menggunakan peruntukan yang disediakan.

Tambah Ahli Dewan Negeri(ADN) Banting itu daripada 13 buah rumah tersebut, enam buah rumah telah diserahkan kepada pemiliknya. Manakala selebihnya sedang dalam pembinaan dan dijangka akan diserahkan hujung tahun ini. Kata Papparaidu lagi, kebajikan Orang Asli merupakan bidang tanggungjawab beliau, setiap tahun bajet yang disediakan melebihi RM1 juta akan digunakan untuk membantu pembinaan rumah baharu mereka. Matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk melihat kelompok Orang Asli memiliki kediaman yang selamat dan selesa.

Menjelaskan jenis rumah yang dibina, beliau berkata dua kategori rumah yang dirancang termasuk sebuah rumah dua bilik dan dua bilik air dan sebuah rumah tiga bilik dan dua bilik air dengan anggaran harga bermula RM55,000 hingga RM85,000. Jumlahnya akan ditentukan selepas mengambil kira aspek akses ke rumah yang jalannya ahak berliku jauh ke dalam hutan yang membabitkan kos yang tinggi.  – SelangorToday

Exit mobile version