
Berikut merupakan ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi X iaitu Saudara Farhan Zulkefly berkaitan penjelasan keadaan kejatuhan nilai mata Ringgit Malaysia yang dibandingkan mengikut pemerintahan zaman Mahiaddin Md Yassin(Perikatan Nasional) dan pemerintahan terkini dibawah kepimpinan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim.
Penjelasan dan penggunaan gaya bahasa disalin sepenuhnya berdasarkan ciapan asal tanpa sebarang pengubahsuaian.
“Dulu Anwar kritik PN sebab ringgit teruk. Sekarang ringgit teruk, tahu pulak bagi alasan”.
Aku baca ramai betul orang PN tulis ni. Ni beza kerajaan dulu dengan kerajaan sekarang uruskan isu ringgit ni?

First, kenapa ringgit teruk? Sebab US naikkan OPR mendadak sehingga 5.5%. OPR Malaysia? 3.0%
Apa kesannya? Kitaran duit kita keluar sebab mereka pilih Amerika Syarikat yang interest lebih tinggi.

So, macam mana nak naikkan ringgit? Kena naikkan OPR di Malaysia.
Apa pula kesan naikkan OPR? Hutang bulanan kita dengan bank makin meningkat lah sebab interest lagi tinggi.
Kalau taknak naikkan OPR pula? Ringgit makin teruk.
Apa pulak kesan kalau Ringgit makin teruk? Kesannya harga barang harian meningkat sebab barang-barang yang kita import naik harga sebab matawang teruk.
So, kita ada dilema besar.
1) Kalau Bank Negara naikkan OPR, ringgit stabil. Tapi hutang rakyat dengan bank meningkat.
2) Kalau Bank Negara kekalkan OPR rendah, hutang rakyat dengan bank kekal. Tapi ringgit teruk dan barang import naik harga.

So apa solusinya?
Bank Negara telah pilih untuk kekalkan OPR. Bila OPR kekal, bayaran hutang kita dengan bank kekal dan tak naik harga.

“Tapi bila OPR kekal, ringgit teruk. Macam mana dengan harga barang import?”.
Untuk elak harga barang import terjejas, Kerajaan deal dengan 3 negara (antara rakan import terbesar) untuk guna matawang masing-masing masa import barang.

Bila guna matawang masing-masing, akan terjejas tak harga barang import?
Tak terjejas sebab ringgit kita teruk dengan US. Dengan negara-negara ni masih stabil dan terkawal.
Untuk masa depan, Kerajaan MADANI tengah deal dengan India pula untuk import barang guna matawang tempatan.
Insya-Allah beberapa negara lain juga menyusul.


Menjawab persoalan tadi, ada beza tak ringgit teruk zaman PN dengan zaman MADANI? Ya, ada beza.
Zaman Kerajaan MADANI, ada solusi untuk stabilkan harga barang lepas ringgit teruk. Zaman Kerajaan PN, langsung takde solusi.
So, zaman PN, ringgit teruk, OPR terus naik, tiada solusi apa pun, maka inflasi naik (harga barang).
Zaman MADANI, ringgit teruk, tapi OPR kekal, ada solusi, maka inflasi terus menurun dan menurun (harga barang).

Ini fakta yang tak boleh dinafikan. Inflasi masa zaman PN adalah 4.0% dan pernah cecah 4.5%.
Zaman Kerajaan MADANI? Turun sehingga 1.5%. Inflasi makanan turun daripada 7.3% kepada 2.3%.

Salinan daripada Aplikasi X : @farhanzulkefly