SelangorToday

KEJOHANAN BADMINTON ASIA SELANGOR BERAKHIR

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 yang berakhir semalam mampu menyemarakkan semangat kesukanan serta mengukuhkan perpaduan rakyat negeri ini. Exco Sukan Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata kejohanan yang mengangkat pasukan lelaki negara sebagai juara itu juga mampu menaikkan nama Selangor di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, RSM Sport, Invest Selangor, Pemerbadanan Menteri Besar atau MBI, Badminton Asia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam kejohanan enam hari bermula Selasa di Pusat Konvensyen Setia City Alam skuad wanita negara sekadar berpuas hati di tempat ketiga selepas tewas 0-3 kepada Korea Selatan.  Selangor buat julung kali menjadi tuan rumah BATC 2022 yang diselaraskan MSN Selangor dengan kerjasama Badminton Asia dan BAM. Perlawanan disertai 142 atlet lapan negara iaitu Malaysia, Indonesia, India, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Hong Kong dan Kazakhstan.

Exit mobile version