SelangorToday

KEKAL MENERAJUI PEMUDA AMANAH SELANGOR, DANIAL TEKAD ANGKAT AGENDA BELIA

Ahli Dewan Negeri(ADN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid Harun tekad untuk terus mengangkat belia ke tahap yang lebih tinggi setelah diberikan kepercayaan sekali lagi menerajui Pemuda AMANAH Selangor. Dalam satu kenyataan beliau setelah dilantik, Danial memberikan komitmen untuk membawa Pemuda AMANAH bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dengan belia termasuk organisasi Pemuda, agensi kerajaan, dan komuniti setempat dalam usaha menjayakan program atau inisiatif pembangunan belia. Secara tidak langsung Pemdua AMANAH Negeri mampu berperanan dalam mencipta persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan dan pembangunan belia di Selangor.

Mengulas tumpuan kepada ahli Pemuda yang akan beliau pimpin sehingga tahun 2026, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu akan berusaha untuk membentuk pemuda-pemuda berintegriti dan berkebolehan untuk memimpin Selangor ke arah kecemerlangan. Beliau akan bekerjasama dengn pihak industri dan institusi pendidikan untuk menyusun berbagai-bagai program latihan dan pembangunan kerjaya bagi memastikan Pemuda AMANAH Selangor dilengkapi pengetahuan dan kemahiran terkini. Manakala sebagai antara wakil sayap pemuda parti pemerintah di Dewan Negeri Selangor, Danial merasa bertanggungjawab untuk membawa isu-isu belia ke peringkat dasar kerajaan Negeri Selangor.

Danial juga akan berusaha memperjuangkan pembangunan infrastruktur pendidikan dan kemahiran yang lebih baik di Selangor bagi memastikan setiap belia memiliki akses kepada pendidikan berkualiti dan peluang pembelajaran sepanjang hayat. Danial percaya dengan kerjasama semua pihak, belia di Selangor bukan hanya berjaya di peringkat tempatan namun mampu mencipta kejayaan di peringkat global kelak. Beliau dengan rendah hati menerima pelantikan tersebut dan bersedia berkhidmat sepenuh hati demi Pemuda AMANAH Selangor dan Negeri Selangor. – SelangorToday

Exit mobile version