Setelah selesai mengumumakn 56 Calon Pakatan Harapan untuk PRN Johor 2022, mata masyarakat sedang mengimbas kali pertamanya bagi menilai kelebihan dan keupayaan calon-calon yang dikemukakan. Pertarungan yang dijangka banyak penjuru ini akan mendorong pengundi menilai atas dasar keistimewaan calon yang bertanding berbanding logo yang mereka tandingi. Oleh itu, PH telah menyajikan calon yang unik, dinamik dan cergas untuk memimpin politik Johor dalam tempoh 5 tahun.
AMANAH sebagai peduli kepada masyarakat mencalonkan pelbagai kelompok sebagai calon mereka. 4 daripada 16 calon adalah kaum wanita yang menguasai 25% daripada keseluruhan calon AMANAH. Manakala daripada jumlah keseluruhan, 4 orang calon juga daripada kalangan orang muda. Mereka adalah Taqiuddin Cheman, ‘Asim’ Abdullah, Mohammad Fakrulradzi dan Elia Nadira. Selain itu, mantan Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Salahuddin Ayub dan mantan Exco Pendidikan Johor, Cikgu Aminolhuda dicalonkan semula bertanding di kerusi lama mereka.
Dalam PKR pula, tokoh-tokoh profesional tidak ketandusan dimiliki oleh PKR. Calon-calon yang diketengahkan adalah dari kalangan mereka yang berkeupayaan menelurkan idea untuk membangunkan Johor. Antaranya mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik yang akan bertanding di DUN Layang-Layang. Selain itu, Dr. Zamil Najwah merupakan Doktor perubatan yang mempunyai kliniknya sendiri di Johor menjadi calon di DUN Larkin.
Manakala DAP memulakan percaturan politiknya dengan mengumuman Sheikh Omar sebagai calon sulung DAP yang akan bertanding di Paloh. Ini calon malayu yang berlatarkan pendidikan agama Islam dan pernah menjadi Exco semasa pemerintahan PH di Johor. Akhirnya DAP mengangkat seorang lagi aktivis partinya Marina Ibrahim sebagai calon DAP di Skudai. Calon melayu wanita ini pastinya mampu memberi tentangan hebat kepada parti melayu yang lain disaat parti melayu menyangka, masa inilah paling sesuai diadakan pilihan raya untuk memenangkan mereka.