SelangorToday

KELUARGA MALAYSIA TERKONTANG-KANTING KAWAL HARGA BARANG

Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Faiz Fadzil menempelak kerajaan Keluarga Malaysia yang dilihat hilang arah tuju jangka panjang bagi menangani keadaan Inflasi di Malaysia. melalui satu rencana yang ditulis oleh ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang itu, kerajaan yang ada kini hanya mengambil pendekatan ‘klise’ dengan memperkenalkan langkah jangka pendek serta pengawalan harga siling yang lemah dan tidak efektif.

Tegas beliau, kerajaan perlu melaksanakan reformasi struktur untuk menyelesaikan masalah berkaitan kos sara hidup memandangkan setakat ogos 2021, seramai 600,000 isi rumah daripada M40 jatuh ke B40. Bererti kenaikan harga barang akan menekan lebih ramai rakyat Malaysia. Oleh itu, ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional itu mencadangkan peningkatan gaji secara berkala dan kawalan kos input pengeluaran adalah sebahagian daripada penyelesaian masalah ini. Seterusnya beliau menyarakan kerajaan meluaskan seumber import makanan asas seperti ikan,padi dan sayur-sayuran tanpa terikat lagi dengan amalan approved permit.

Anak kepada bekas Presiden PAS itu menambah, kerajaan harus melipat gandakan usaha menggalakkan pengeluaran makanan tempatan. Paling mengujakan Faiz mencadangkan anak-anak muda perlu diberikan insentif  kewangan dan bukan kewangan untuk merancakkan pengeluaran pertanian. Faiz memberi amaran kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPD&HEP) untuk tidak melengah-lengahkan usaha menangani kos sara hidup sebelum lebih ramai rakyat Malaysia yang terseksa.

Exit mobile version