SelangorToday

KEMENANGAN DI DUN SUNGAI PELEK, MANIFESTASI PERPADUAN HARAPAN-BN – LOKE

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan bahawa kemenangan yang diraih oleh calon DAP di DUN Sungai Pelek dalam Pilihan Raya Negeri baru-baru ni sebagai satu kejayaan cemerlang hasil kesepaduan antara HARAPAN dan BN. Menambah ulasan daripada kenyataan tersebut, Loke yang juga menang di DUN Chennah Negeri Sembilan berkata, kerusi Sungai Pelek mempunyai komposisi pengundi 60% dari orang melayu dan 40 % dari kalangan bukan melayu. Namun, DAP yang meletakkan calon bukan melayu dikerusi tersebut berjaya meraih kemenangan dengan majoriti yang besar merangkumi kaum melayu. Hal ini menunjukkan bahawa kaum melayu yang didominasi oleh UMNO dalam PERPADUAN memberikan sokongan penuh kepada calon HARAPAN serta mempengaruhi pengundi atas pagar berketurunan melayu untuk menyokong calon HARAPAN.

Beliau yang membuat kenyataan tersebut selepas mesyuarat CEC DAP Pusat di Ibu Pejabat DAP turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah mengundi calon DAP dalam PRN ke-15. Beliau menganggap bahawa perjalanan PERPADUAN masih panjang dan tidak mahu melayan sebarang komen yang mahu BN meninggalkan kerajaan Perpaduan memandangkan komen tersebut bukanlah daripada pucuk pimpinan BN itu sendiri. Lebih penting kerjasama diantara HARAPAN dan BN diperkasakan semaksima mungkin. Oleh itu, CEC DAP Pusat sebulat suara mencadangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow melantik seorang ADUN BN sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempelawa parti MUDA menyertai DAP, Loke menyatakan ia hanyalah pandangan peribadi tokoh besar DAP itu. Malah ia tidak menjadi agenda perbincangan utama DAP buat masa ini. Dalam PRN ke-15, DAP yang bertanding 47 kerusi berjaya meraih kemenangan 46 kerusi yang mana Pengerusi DAP Kedah, tersingkir dari pertarungan DUN Derga ditangan PN. -Selangor Today

Exit mobile version