Sebagai golongan sasar bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM), kanak-kanak bermasalah autisme dan attention-deficit/hyperactivity disorder(ADHD) akan dibantu melalui 3 inisiatif utama selain bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) mahupun agensi lain. Menjawab soalan oleh Ahli Parlimen Batu, Prabakaran A/L Parameswaran di Dewan Rakyat pagi ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah menjelaskan KPWKM Â menyediakan program untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak tersebut termasuk membuka pendaftaran kepada kanak-kanak Orang Kelainan Upaya(OKU) dimana sehingga Ogos 2023, seramai 48,781 OKU autisme manakala 14,938 OKU ADHD telah pun berdaftar yang membolehkan mereka menikmati hampir 30 kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta.
Selain itu Aiman yang juga Ketua Wanita HARAPAN berkata kerajaan juga menyediakan Taska OKU sebanyak 11 buah yang merangkumi 6 kategori kanak-kanak OKU termasuk autisme. Bimbingan dalam komuniti juga disediakan dimana hampir 18,957 orang kanak-kanak menerima perkhidmatan dari 500 Pemulihan Dalam Komuniti(PDK). Seterusnya terdapat 7 institusi OKU yang memberikan perkhidmatan penjagaan dan pembelajaran. JKM juga bekerjasama dengan pihak media untuk meningkatkan kesedaran kepada kepentingan penjagaan autisme dan ADHD.
Menjawab soalan tambahan sama ada bantuan JKM akan dinaikan atau tidak memandangkan peruntukan dibawah JKM dinaikkan dalam pengumuman belanjawan 2024, Ahli Parlimen Sepang itu memaklumkan penambahan peruntukan tersebut sudah mempunyai senarai kegunaan yang telah ditetapkan, maka Aiman memohon ahli parlimen menyarankan cadangan kenaikan bantuan JKM dalam ucapan perbahasan masing-masing. – SelangorToday