SelangorToday

KEMPEN RUKUN NEGARA PERLU DITERJEMAHKAN DI SELANGOR – MP HULU LANGAT

Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan menyeru pihak kerajaan Negeri Selangor melaksanakan kempen menghayati Rukun Negara di Negeri Selangor. Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan beliau har ini menjelaskan, titah Duli Yang Maha Muli Seri Paduka Yang Dipertuan Agong  supaya kerajaan memperkasakan kempen menghayati Rukun Negara harus disambut baik oleh kerajaan Selangor. Memandangkan Selangor dipimpin oleh Pakatan harapan, maka titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong itu perlu diberikan perhatian.

Jelas Sany yang juga ADN Taman Templer, beliau telah pun  mencadangkan agar Rukun Negara ini ditulis dan dipamerkan di merata tempat khasnya di Selangor. Malah Sany juga mencadangkan agar prinsip Rukun Negara dipaparkan di simpang-simpang jalan dan billboard-billboard dibawah PBT. Malah  kursus dan taklimat mengenai Rukun Negara wajar diadakan. Namun sehingga hari ini masih  tiada sebarang respon atau maklum balas daripada kerajaan negeri. Sany mungkin menyangkakan, Kerajaan Selangor tidak setuju ke dengan cadangan beliau apabila seruan beliau masih tidak direspon oleh pimpinan kerajaan Negeri.

Bagi beliau yang juga Pengerusi Biro Mobilasi AMANAH Nasional berkata,  cadangan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-rakan Melayu itu sangat relevan dengan keperluan semasa ketika negara berhadapan dengan ancaman kempen takfiri, perkauman kaum dan agama serta fanatik kepartian semasa kempen PRU-15 lalu. Dengan memahami Rukun Negara terutama di kalangan generasi muda akan membolehkan mereka memahami peranan sebenar mereka sebagai rakyat untuk negara. – Selangor Today

Exit mobile version