SelangorToday

KENYATAAN MUHYIDDIN MENGELIRUKAN, UMUM DAH TAHU KISAH SEBENAR – MP SHAH ALAM

Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Perikatan Nasional(PN) Muhyiddin Yassin ketika berkempen di DUN Nenggiri adalah amat mengelirukan. Kata beliau, kenyataan Muhyiddin itu menimbulkan banyak kekeliruan khususnya fakta yang disampaikan memandangkan rakyat umum sedia mengetahui peristiwa sebenar yang berlaku ketika itu. Hakikatnya Yang Dipertuan Agong ke-16, Tuanku Al-Sultan Abdullah telah pun memanggil Muhyiddin terlebih dahulu bersama Hj Abdul Hadi Awang untuk mengusahkan pembentukan Kerajaan Perpaduan, namun beliau tegas menolak pelawaan tersebut membolehkan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Harapan untuk mengusahakan langkah tersebut. Kini Muhyiddin mendakwa beliau tidak dipanggil untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, kenyataan ini amat mengelirukan dan mencabar kewibawaan Institusi Diraja.

–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

“…the rest are all histrory semua kita dah tahu peristiwanya tu masih lagi nak ungkit untuk menyatakan bahawa PN mempunyai sokongan daripada rakyat” katanya.

Tambah Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor itu, sudah tentu sebelum PRK selesai, pihak kerajaan tidak mahu menyentuh isu tersebut memandangkan ia berkaitan rapat dengan elemen 3R iaitu agama, kaum dan Institusi Diraja, tetapi selepas PRK selesai, perkara semacam ini tidak patut dibiarkan dan terbukti apabila sebanyak 20 aduan telah dibuat oleh orang ramai berkaitan tindakan Ahli Parlimen Pagoh itu. Bagi beliau, ia amat mendukacitakan dan lebih mengesankan apabila Tuanku Tengku Mahkota Pahang telah pun mengeluarkan titah murka baginda kepada Muhyiddin Yassin. Baginda Tengku Mahkota menitahkan pihak Polis Diraja Malaysia(PRDM) mengambil tindakan sewajarnya kepada Muhyiddin.

“Muhyiddin Yassin seolah-olah keseorangan dalam dakwaan tersebut kerana ketika ceramah itu diadakan, di belakang beliau adanya Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Idris Ahmad tidak menyambut kenyataan Muhyiddin atau tidak ambil kisah dengan kenyataan Muhyiddin itu” kata Hj Azli lagi.

Beliau berkata lagi, perkara kedua yang menarik dalam situasi ini, masih belum ada pimpinan utama PAS mahupun BERSATU atau PN sekalipun yang mengeluarkan kenyataan untuk membela atau mempertahankan Muhyiddin selaku pimpinan utama mereka. Bererti bekas Perdana Menteri itu berkeseorangan dalam dakwaannya.

Maka Hj Azli yang juga Pengerusi Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional itu melihat, rakyat telah pun menyedari pembohongan tersebut dan umumnya rakyat telah mula menerima Kerajaan Perpaduan dimana keputusan PRK DUN Nenggiri dijadikan sebagai petunjuk. Rakyat Malaysia telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Anwar Ibrahim memimpin Kerajaan Perpaduan ke arah kestabilan, keharmonian dan perpaduan negara seterusnya memacu ekonomi negara yang lebih maju demi kesejahteraan rakyat. – SelangorToday

Exit mobile version