SelangorToday

KEPUTUSAN FATWA ISU GISBH DISEMBAH MAKLUM KEPADA SULTAN HARI INI

Keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhubung kegiatan GISB Holdings (GISBH) akan disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hari ini.

Exco Agama Islam dan Inovasi Selangor, Dr Fahmi Ngah berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj akan memperkenan dapatan hasil penelitian tersebut sebelum ia difatwakan (diwartakan).

“Keputusan sudah dibuat dalam mesyuarat dan kita akan bawa menghadap kepada Sultan Selangor sebelum diwartakan,” katanya kepada Selangorkini.

Sebelum ini, Mufti Selangor Dato’ Prof Madya Anhar Opir berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor membentang semua penelitian berhubung kegiatan berhubung kumpulan berkenaan pada 30 September.Selain mesyuarat berkenaan, pihaknya turut mengkaji dan menilai semua bahan bukti diterima daripada polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selain keterangan individu terlibat. – SelangorKini

Exit mobile version