SelangorToday

KERAJAAN HARAPAN SELANGOR BERI BANTUAN KEPADA SEKOLAH

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sejurus selepas berjaya dipilih sebagai Ahli Parlimen Gombak telah menyampaikan Inisiatif Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022 pada Isnin. Beliau yang berjaya mengungguli kedudukan nombor 1, meninggalkan calon lain dengan majoriti 10 ribu undi. Amirudin yang juga peneraju kerajaan HARAPAN Selangor telah menyampaikan bantuan tersebut melibatkan 501 buah sekolah di seluruh Selangor. melalui pemakluman yang dikeluarkan, sebanyak RM12.3 juta diagihkan kepada 501 sekolah seluruh negeri bagi menambah baik infrastuktur dan fasiliti demi keselesaan pelajar.

Amiruddin selaku Menteri besar Selangor menyampaikan bantuan sekolah Negeri Selangor

Jelas Amirudin lagi, daripada 501 buah sekolah itu, pecahan penerima adalah 381 sekolah agama rakyat, dan 120 sekolah kebangsaan serta sekolah menengah kebangsaan. Meskipun usaha untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif adalah dibawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia, namun kerajaan HARAPAN Selangor yang dianggotai oleh KEADILAN, AMANAH dan DAP tetap komited membantu sekolah-sekolah dibawah Negeri Selangor. Bantuan ini juga merangkumi sekolah kerajaan dan swasta. Tambah Pengerusi HARAPAN Selangor itu lagi, tujuan utama bantuan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada anak-anak yang sedang menuntut ilmu.

Jelas beliau lagi, bantuan yang diserahkan ini adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan RM26.5 juta yang diagihkan kpada 742 sekolah tahun ini. Memaklumkan juga, pada bulan mei yang lalu, SJKC dan SJKT serta sekolah mubaligh dan sekolah menengah persendirian cina turut menerima bantuan sama. Tegas Amirudin, ini adalah bukti bahawa kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan HARAPAN sentiasa mengutamakan agenda pendidikan demi masa hadapan anak-anak Selangor. – Selangor Today

Exit mobile version