Kerajaan Pakatan Harapan Selangor telah melancarkan aplikasi ‘Go Selangor’ sebagai salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk memasarkan dan memudahkan ketersampaian produk pelancangon Selangor. melalui laman sosial Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amiruddin Shari, ‘Go Selangor’ merupakan satu-satunya aplikasi pelancongan negeri di Malaysia yang memudahkan pengembara dari seluruh dunia mendapat akses produk pelancongan negeri.
Ini bermakna, Selangor merupakan negeri pertama yang mewujudkan aplikasi ini berbanding negeri-negeri yang lain. Tambah Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, inisiatif ini merupakan inisiatif yang telah diselarikan dengan misi pendigitalan produk-produk negeri seperti yang telah diumumkan. Memandangkan Malaysia telah beralih daripada fasa pandemik ke endemik, maka Selangor menjangkakan kadar pelancong akan meningkat dan aplikasi ini akan memudahkan mereka.
ADN Sungai Tua itu menyatakana bahawa, aplikasi ini akan membantu pengembara menempah tiket, hotel, chalet, inap desa dan pengangkutan apabila melancong di Selangor. Sasaran 100,000 operator akan mendaftar menjelang akhir tahun. Tegas Amiruddin, tiada ejen terlibat dan tempahan boleh dibuat secara terus.