SelangorToday

KERAJAAN PH SELANGOR TURUNKAN HARGA AYAM SEBANYAK RM1.10

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8.00 sekilogram di semua premis jualan dibawah seliaan PKPS. Harga tersebut akan mula dikuatkuasakan mulai 7 Februari 2022 ini.

Tambah beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, inisiatif ini bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat akses secukupnya kepada ayam segar berkualiti dengan harga berpatutan. Amiruddin mengumumkan perkara tersebut ketika meninjau Jualan Ayam Murah di ibu negeri baru-baru ini. Sebanyak 50,000 ekor ayam standard akan diperuntukkan bagi kempen harga jualan itu bagi tempoh dua minggu mulai isnin ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua memaklumkan kerajaan negeri melalui PKPS telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta untuk menjalankan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan khas untuk membantu mengurangkan beban kenaikan harga makanan. Peruntukkan ini meliputi kos subsidi, pengurangan sewa dan bantuan logistik kepada rantaian bekalan yang strategik untuk mengawal harga barang.

Exit mobile version