SelangorToday

KERAJAAN PH SELANGOR UMUM SAGUHATI RAYA KEPADA PENJAWAT AWAM

Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amiruddin Shari mengumumkan bahawa penjawat awam di Negeri Selangor akan mendapat bonus sempEna Aidilfitri Satu Bulan Gaji atau minima RM1000. Pengumuman yang dibuat dalam satu perjumpaan khas bersama Penjawat Awam Selangor pagi ini juga menyatakan bahawa bonus yang dinamakan sebagai Insentif Rahmah Ramadan itu melibatkan juga penjawat awam yang dibayar gajinya oleh Kerajaan Persekutuan.

Pengumuman ini mengambil kira penat lelah dan komitmen yang besar daripada penjawat awam Selangor demi memakmurkan negeri idaman semua pihak ini. Insentif ini merupakan tanda penghargaan Kerajaan Pakatan Harapan Selangor kepada mereka yang bertungkus-lumus memajukan Selangor. Insentif tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM39.15 juta yang akan dibayar pada 27 April 2022.

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu juga mengumumkan bahawa insentif ini akan dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia PWB Selangor. Selain itu juga, Penggerak Belia Selangor, Nazir, Imam, Siak dan Bilal juga diberikan insentif tersebut  atas dedikasinya mereka mengimarahkan masjid sepanjang ramadan.

Exit mobile version