Dalam sidang media Menteri Besar Selangor pada Selasa di Pejabat Menteri Besar Selangor, YAB Dato` Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menyalurkan saumbangan khas sebanyak RM10, 000 kepada waris mangsa nahas banjir baru-baru ini. Dalam penguumuman yang sama , RM1,000 akan diberikan kepada setiap keluarga yang terjejas akibat banjir seluruh Selangor.
Untuk membantu dalam pemulihan pasca-banjir, Amirudin Shari yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor memaklumkan sebanyak RM 20 Juta bagi operasi pembersihan, manakala RM 80 Juta diperuntukkan untuk baik pulih infrastruktur.
Bagi meringankan beban mereka yang terjejas bencana banjir di Selangor, pengecualian bil air selama sebulan kepada pemegang akaun yang terkesan. Bagi usahawan Hijrah ditimpa bencana banjir, penangguhan pinjaman balik buat mereka.
Akhirnya, bagi menunjukkan solidariti beliau kepada mangsa banjir, beliau telah menyumbangkan sebulan gaji beliau ke Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit. Beliau membuat pengumuman ketika Sidang Media Khas Situasi Banjir di Slengor.
Oleh,
Cikgu Syazmir HN