SelangorToday

KERAJAAN SELANGOR BUKA PEMOHONAN HADIAH IPT BUAT ANAK SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan hadiah buat anak-anak Selangor yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui laman sosial Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Tuan Hj Ir. Izham Hashim memaklumkan, bahawa kerajaan negeri membuka pemohonan kepada ana-anak Selangor mulai 1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022. Bantuan yang bernilai RM 1,000.00 kepada siswa anak Selangor itu dinamakan Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor.

Selain itu, pemohon yang layak menerima bantuan secara One-Off itu adalah kepada mereka yang belajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPT Awam & dan IPT Swasta yang telah diiktiraf peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Pengerusi AMANAH Selangor itu menyeru anak-anak Selangor khususnya kawasan Pandan Indah untuk membuat pemohonan segera.

Hadiah ini diberikan oleh kerajaan negeri Selangor dibawah kelolaan Pakatan Harapan Selangor itu sebagai inisiatif kerajaan negeri memotivasikan anak-anak Selangor agar lebih bersemangat untuk menuntut ilmu. Ia juga sebagai lambang keprihatinan kerajaan dan keutamaan kerajaan mengangkat agende pendidikan anak-anak Selangor.

Exit mobile version