Kerajaan Negeri Selangor terus memberikan perhatian kepada kesejahteraan warga emas dengan meneruskan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) buat warga emas yang berada di Selangor. Skim tersebut telah dibuka pendaftaran sepanjang tahun 2022 untuk warga emas yang berumur 60 tahun keatas ataupun lahir semasa dan sebelum tahun 1962.
Bagi pendaftar yang layak dan dikategorikan sebagai penerima, skim SMUE memberikan dua manfaat buat penerima. Pertama, penerima akan mendapat Baucar Beli-Belah RM100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Manfaat pertama ini bagi penerima yang masih hidup dan akan diserahkan melalui Pejabat Pusat Khidmat DUN masing-masing.
Manakala manfaat kedua, penerima yang telah meninggal dunia akan diberikan kepada pewaris sebanyak RM500 jika kematian semasa atau selepas 1 Januari 2021 dan nama si mati dan pewaris telah berdaftar dibawah skim SMUE.
Ternyata inisiatif yang disediakan ini merupakan keprihatinan kerajaan negeri kepada kesejahteraan warga emas dalam menguruskan kelangsungan hidup diusia emas.