Site icon SelangorToday

KHALID CABAR PM DAN BUNG BUAT DAKWAAN DI LUAR DEWAN

KHALID CABAR PM DAN BUNG BUAT DAKWAAN DI LUAR DEWAN

Ahli Parlimen Shah Alam, Yang Berhormat Khalid Samad mencabar Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin untuk membuktikan yang beliau tidak ada di kawasan semasa banjir berlaku di Shah Alam. Semasa sesi memohon penjelasan berkaitan banjir di Dewan Rakyat sempena Sidang Khas banjir, Khalid menegaskan bahawa beliau sedang menguruskan keluarga mangsa kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian 9 orang anak memandangkan keluarga mangsa duduk di Shah Alam.

Tegas Pengarah Komunikasi itu,  dalam tempoh itu beliau sentiasa berada di Shah Alam dan berjaya mendapat Inflatable kayak untuk digunakan untuk mengagihkan makanan kepada mereka yang terperangkap banjir. Ketika sedang berucap, beliau dicelah oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah itu yang bertanya adakah dengan urusan menguruskan mangsa kemalangan, Khalid tiada di Shah Alam. Lalu ditegaskan oleh Khalid, bahawa mangsa adalah orang Shah Alam dan sedang menguruskan di kawasanyan sendiri.

Setelah itu, mantan Menteri Wilayah itu mencabar Perdana Menteri dan Bung  untuk menyatakan dakwaan yang beliau tiada di Shah Alam di luar Dewan Rakyat. Ketegangan berlaku buat seketika memandangkan Bung bangun dan terus mendakwa Khalid tiada di dalam Dewan. Antara pengisian ucapan Khalid, sidang hari ini merupakan satu yang sia-sia memandangkan banjir sudah berlalu sebulan yang lepas.

Exit mobile version