SelangorToday

KHALID SAMAD MINTA HJ HADI BANGKIT TEGUR SKANDAL LCS

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abdul Samad menempelak sebahagian penyokong PAS yang marahkan beliau apabila sentiasa menghentam Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang ketika masyarakat umum sedang menumpukan perhatian kepada pendedahan Skandal LCS. Jawab Khalid ketika ditemu bual dalam siri bual bicara di Jom Channel bahawa sepatutnyan Hj Abdul Hadi selaku ulamak besar lah yang sepatutnya menegur kemungkaran yang sedang berlaku dalam LCS. Malangnya sehingga hari ini, Duta Besar Ke Timur Tengah itu langsung tidak memberi sebarang komen dalam hal tersebut.

Bekas Menteri Wilayah menempelak Ulamak PAS yang bersekongkol bersama pencuri wang rakyat

Memberi contoh lain, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menghormati kenyataan yang dikeluarkan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau MAZA yang berkata bahawa orang melayu makan khinzir perlu meminta ampun hanya kepada Allah SWT, sebaliknya jika mencuri dan menyeleweng wang rakyat harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Meskipun kenyataan itu mampu menggugatkan reputasi pembesar negara, namun ia tetap menyatakan kebenaran. Bagi skandal 1MDB juga, Khalid menjelaskan, wang rakyat Malaysia digunakan hanya untuk membayar hutang yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam penyelewengan 1MDB, sedangkan wang digunakan untuk membayar hutang itu boleh digunakan untuk memberi pendidikan kepada rakyat, membina sekolah baru dan membantu memulihkan keadaan ekonomi negara.

Malangnya akibat sikap fanatik dan taksub kepada sentimen melayu Islam, maka kesalahan yang dilakukan oleh mereka dilupakan semudahnya. Malah mereka pula diangkat sebagai hero orang melayu. Mengulas mengenai pengalaman mengenali gerakan Islam, Khalid berkata beliau mengenali gerakan Islam di luar negara berbanding mengenali PAS, maka sikap obses kepada PAS sangat minima bagi Khalid, namun bagi mereka yang telah fanatik pada PAS telah tersasar jauh sehingga tidak mempedulikan bahawa PAS Hj Abdul Hadi sekarang tidak sama dengan PAS di zaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ustaz Fadzil Noor. – Selangor Today

Exit mobile version