SelangorToday

KHALID SAMAD TEMPELAK AHLI PARLIMEN PAS YANG SOKONG SOSMA

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abd Samad menempelak ahli-ahli parlimen PAS yang dahulunya menentang undang-undang SOSMA, namun kini, setelah menjadi kerajaan, mereka menyokong usul tersebut. Ketika berbahas di Dewan Rakyat untuk meleluluskan sebahagian lagi subseksyen SOSMA, Khalid bangun menyatakan bahawa sebelum ini, ahli parlimen PAS termasuk beliau sendiri berbahas sehingga jam 3 pagi untuk menolak undang-undang yang didakwa zalim itu. Maka pelik pada hari ini, parti yang sama menentang undang-undang tersebut menyokong pula.

Khalid Samad mempersoalkan kesediaan PAS menyokong SOSMA

Bekas Menteri Wilayah itu berkata, ada beberapa elemen yang terkandung dalam SOSMA yang boleh menjadikan bahawa undang-undang tersebut dikatakan zalim. Bukan setakat proses penahanan yang bercanggah dengan proses biasa, malah segala bukti-bukti yang jika di mahkamah ia akan ditolak, terpaksa diterima di bawah SOSMA. Sedangkan mahkamah merupakan satu institusi yang boleh menentukan sesuatu bukti itu mempunyai merit atau tidak, namun adanya SOSMA, hakim juga terpaksa tunduk kepadanya,dakwa Khalid.

Memetik ayat Al-Quran, Khalid menegaskan, janganlah kamu condong kepada orang yang melakukan kezaliman kerana kamu akan disambar api neraka. Tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu juga, ini buka soal kepentingan politik semata-mata, tetapi ia soal keadilan kepada seluruh masyarakat. Apabila Ahli Parlimen Bachok yang juga anak kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz, Nik Abduh berbahas menyokong SOSMA, Khalid menegaskan proses penahanan harus disemak seiring dengan nas yang dikemukakan oleh Nik Abduh untuk menyokong SOSMA.  – Selangor Today

Exit mobile version