SelangorToday

KHALID SAMAD TERUS SANTUNI PENDUDUK SHAH ALAM MESKI DIDAKWA HILANG KETIKA BANJIR

Nama YB Tuan Khalid Abd Samad menjadi semakin kerap disebut di Media Sosial apabila sesetengah pihak memainkan dkawaan bahawa Mantan Menteri Wilayah itu tidak turun padang ketika banjir besar melanda Shah Alam. Sama ada dakwaan itu berbentuk politik yang mahu menjatuhkan imejnya atau ada tujuan lain, beliau sebenarnya telah berada di kawasannya membantu rakyat sejak malam 18 Disember 2021 lagi. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Shah Alam itu untuk membantu mangsa banjir di Shah Alam termasuklah membeli Inflatable Kayak sebagai alat mengangkut makanan didalam banjir.

Terkini semasa sambutan Hari Natal, Khalid Samad telah menyerahkan hamper sempena Hari Natal kepada beberapa pihak yang telah disusun oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Shah Alam. Kemudian beliau turun ke Apartment Perdana Seksyen 13 Shah Alam untuk menyerahkan bantuan pasca banjir kepada penduduk setempat di sana. Berdasarkan laman sosial beliau, beliau telah mendapat makluman lanjut berkaitan keperluan yang diperlukan buat mereka disana.

Selesai di Seksyen 13, Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional itu bergerak ke Kampung Kebun Bunga. Disitu longgokan sampah kesan banjir telah menghalang urusan logistik penduduk sekitarnya. Maka Khalid dan pasukannya akan berusaha untuk mengangkut longgokan tersebut secepat mungkin. Pada masa yang sama, beliau singgah di Kampung Baru HICOM untuk menyerahkan Waterjet kepada penduduk setempat.

Hari berikutnya, Khalid Samad telah menziarahi En Razak suami mangsa kemalangan yang meragut 9 ahli keluarganya. Beliau mendengar rintihan yang disampaikan oleh En. Razak dan mendoakan agar En.Razak diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Akhirnya, Khalid Samad telah menyerahkan bantuan tilam toto kepada petugas di Kampung Kebun Bunga untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan. Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang telah berjaya membantu membawa kemenangan kepada pasukan KL City FC dengan menjuarai Piala Malaysia Edisi ke-100 setelah kemarau 32 tahun itu, merakamkan penghargaan buat semua penyumbang dan sukarelawan yang membantu penduduk di Shah Alam.

Exit mobile version