Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad bin Sabu mewakili Kerajaan Malaysia memeterai Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke Republik Rakyat China(RRC). Melalui posting yang dimuat naik di laman sosialnya, protokol yang ditemeterai itu membolehkan luang pasaran eksport baharu bagi buah durian segar dari Malaysia ke negara China dibuka. Ini bererti Malaysia boleh mula mengeksport buah durian segar ke negara tembok besar itu.
Sebelum ini, Malaysia diberikan akses pasaran eksport ke China bagi durian dalam bentuk ulas dan pes pada tahun 2011. Manakala pada tahun 2018, buah durian sejuk beku dalam bentuk sejuk beku diberikan akses pasaran di negara China. Kini setelah protokol ditemerai antara Mohamad yang juga Presiden AMANAH dengan Menteri General Administration of Customs of the People’s Republic Of China(GACC) akan menambah akses pasaran durian ke China yang mampu meningkatkan nilai eksport agromakanan ke luar negara serta mengembangkan industri tanaman durian.
Jelas Timbalan Pengerusi HARAPAN itu lagi, dengan penambahan akses eksport durian ke negara China, ia mampu mengembangkan industri buah durian melibatkan lebih 63,000 pengusaha durian di Malaysia. Melalui protokol ini, pengusaha yang telah berdaftar dan mendapat kelulusan GACC berdasarkan pematuhan kepada syarat-syarat dalam Protokol tersebut dapat mengeksport buah durian segar ke negara China.
Pemeteraian tersebut diadakan sempena kunjungan hormat Perdana Menteri Republic itu, Li Qiang. Sebanyak 14 memorandum persefahaman, perjanjian (MoU/MoA), protokol dan kenyataan bersama melibatkan sembilan kementerian telah bertukar antara Malaysia dan China hari ini. Sembilan kementerian lain terbabit termasuklah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); Kewangan; Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Hal Ehwal Dalam Negeri; Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Pengajian Tinggi (KPT); Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; dan Komunikasi- SelangorToday