SelangorToday

KITA HANYA ADA 2 PILIHAN UNTUK KEMBALI MEMERINTAH – HJ A.YAZID

Pengarah Pilihan Raya AMANAH Selangor, Tuan Hj A. Yazid Alias menyatakan bahawa PH mempunyai dua pilihan jika mahu memenangi Pilihan Raya Umum akan datang. Kenyataan beliau itu dikemukakan di laman sosial beliau setelah Barisan Nasional berjaya memenangi 40 buah kerusi Pilihan Raya Negeri Johor seterusnya membentuk kerajaan Johor. Manakala Pakatan Harapan berjaya memenangi 12 kerusi, MUDA 1 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) hanya 3 kerusi.

Hj A. Yazid Alias, Pengarah Pilihan Raya AMANAH Selangor

Ahli Majlis di Hulu Kelang itu berkata, semasa PRU Ke-12, PH mendapat 80 kerusi Dewan Rakyat. Manakala pada PRU Ke-13, PH hanya mendapat 89 kerusi Dewan Rakyat dimana ia kedua-dua situasi tidak mencukupi untuk PH menubuhkan kerajaan persekutuan. Namun, pada PRU Ke-14, gelombang khemah besar yang melibatkan PPBM dan WARISAN sertai lain-lain berjaya menawan 130 kerusi Dewan Rakyat dan berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang lain.

Oleh itu Timbalan Ketua AMANAH Gombak itu menegaskan bahawa hanya 2 sahaja pilihan yang PH boleh buat untuk kembali berkuasa. Pertama PH perlukan sedikit masa untuk menambah kekuatan sendiri dengan cara kurangkan bercakap dan terus menyantuni rakyat. Pilihan kedua, PH boleh berunding untuk mewujudkan semula khemah besar baru yang lebih solid bukan seperti yang berlaku di PRN Melaka dan Johor dimana pelaksanaannya disemai dengan sifat keterbukaan dan ketepikan ego keakuan parti masing-masing. Maka itulah dua pilihan yang boleh dilakukan.

Exit mobile version