SelangorToday

KITA SELANGOR : KERAJAAN BERI 1,500 VAKSIN PERCUMA PADA JEMAAH HAJI, PRA-PENDAFTARAN DIBUKA

Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam meneruskan Program Vaksin Selangor (SELVAX) dengan memberikan 1,500 vaksin Pneumokokal percuma khusus kepada jemaah haji negeri itu.

Exco Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pemberian vaksin kepada jemaah haji bertujuan melindungi mereka, dan mencegah daripada mendapat jangkitan paru-paru ketika menunaikan ibadah haji.

“Sebanyak 1,500 dos vaksin diberikan kepada jemaah haji Selangor yang hadir ke Kursus Haji Perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,” katanya.

Beliau berkata pra-pendaftaran telah bermula melalui aplikasi Selangkah.

“Jemaah yang tinggal di Shah Alam atau kawasan berdekatan boleh mendapatkan vaksin Pneumokokal itu secara percuma di Klinik Selcare Universiti Selangor, di sini bermula 8 Mei sehingga 15 Jun 2023 antara 9 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Dr Siti Mariah berkata tutorial pra-pendaftaran boleh ditonton menerusi pautan: https://vt.tiktok.com/ZS8KXbUev/ dan sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline Selcare 1-800-22-6600.

Exit mobile version