SelangorToday

KOMPLEKS PKNS : PERLU PROSES PEREMAJAAN SETANDING SHAH ALAM SEBAGAI BANDARAYA

Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Azli Yusof menyatakan harapannya kepada usaha Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) yang ingin membuat pembangunan dalam kawasan PKNS perlulah dilakukan untuk menjadikan kompleks kebanggaan warga Shah Alam itu lebih moden dan diremajakan. Tambah beliau, ia perlulah setanding dengan kawasan Shah Alam yang telah diiktiraf sebagai bandaraya. Dengan proses peremajaan yang dilakukan, Kompleks PKNS tidak akan ditenggelami dengan kemunculan bangunan-bangunan baru yang lebih moden dan mesra pelanggan. Hj Azli berkata, namun pemodenan dan peremajaan yang dijalankan tidak harus meminggirkan mahupun menolak identiti kompleks tersebut sebagai ikon penjualan barangan Hari Raya dan keperluan ibadah haji.

Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor itu mahu PKNS peniaga-peniaga sedia ada di kompleks tersebut perlu diberikan keutamaan dalam setiap proses peremajaan yang akan dilaksakan. Beliau turut berpendapat, pembangunan dengan tambahan kawasan dataran berbumbung yang memiliki kawasan bercampur antara ruang niaga dan kawasan pejalan kaki yang luas akan menarik minat masyarakat untuk kompleks PKNS. Dalam masa yang sama, aspek mobiliti dan akses pengunaan pengangkutan awam juga perlu diberikan perhatian oleh pihak PKNS agar masyarakat lebih mudah ke kompleks tersebut. Maka sewajarnya pihak kerajaaan negeri dan PKNS bekerjasama untuk menaik taraf kemudahan pengangkutan awam yang ada di kawasan kompleks PKNS.

Hj Azli yang juga Ketua AMANAH Kawasan Shah Alam belum mendapatkan maklumat lanjut status peniaga di kompleks berusia 47 tahun itu. Sebelum ini, tular di sosial media dakwaan pusat perdagangan berusia lebih empat dekad itu bakal dirobohkan. Turut didakwa, perobohan itu bagi memberi laluan untuk satu projek pembangunan semula di kawasan tersebut. Sebaliknya, PKNS menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar. PKNS menjelaskan perancangan projek di dalam kawasan pembangunan milik PKNS di pusat bandar Shah Alam merupakan sebahagian usaha peremajaan bandar itu yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.– SelangorToday

Exit mobile version