Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Saudara Wan Anwar Wan Ibrahim menyatakan bahawa dalam tempoh 6 tahun AMANAH ditubuhkan, parti bergelut dengan pelbagai teori dan eksperimen untuk menggembleng usaha ke arah penguasaan komunikasi politik khususnya di Selangor. Namun akhirnya penggal ini, Komunikasi AMANAH Selangor mengorak langkah dengan menstruktur semula strategi dan peranan Biro Komunikasi AMANAH Selangor.
Tegas anggota pembuat dasar Majlis Perbandaran Selayang itu, Biro Komunikasi AMANAH Selangor di jenamakan sebagai Komunikasi Selangor atau ringkasnya KomSel. Ia dilihat sebagai langkah awal memastikan imej komunikasi AMANAH Selangor mudah terpahat di hati masyarakat sama ada ahli parti mahupun rakyat biasa. Kedua, penjenamaan komunikasi Selangor itu akan diiringi dengan kewujudan sebuah portal rasmi AMANAH Selangor yang bertanggungjawab menyebarluaskan maklumat dan perjalanan parti seterusnya menjadi medium penerangan menghadapi pihak lawan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Beliau yang juga Mantan Pegawai Khas kepada Tuan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat semasa pemerintahan Pakatan Harapan yang lalu sedang menyusun naratif yang akan dibawa dalam mengemudi KomSel dan SelangorToday yang juga merupakan portal rasmi AMANAH Selangor. Akhirnya Saudara Wan Anwar melihat menentukan naratif yang akan dibawa merupakan langkah terakhir sebelum memasuki pertarungan persepsi menuju Pilihan Raya Umum akan datang.