Komuniti Masyarakat yang berada di Kota Raja sepakat untuk bekerjasama mencari langkah pencegahan bagi mengelakkan banjir besar melanda kawasan tersebut. Banjir besar yang melanda hujung tahun lalu telah merosakkan banyak jenis rumah dan meragut nyawa. Menjadi pengajaran kepada pemimpin setempat untuk melakukan langkah awal mencegah kejadian itu berulang.
Oleh itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Yang Berhormat Mohammad bin Sabu telah hadir mempengerusikan mesyuarat pencegahan banjir di Pejabat MPKK Kampung Lombong, Seksyen 35, Shah Alam. Mesyuarat yang pertama kali diadakan itu dihadiri oleh Jurutera JPS Daerah Klang, KADO PTD Klang, wakil JKR Klang, wakil MBSA, Ahli Majlis, dan ketua kampung terlibat.
Mesyuarat diantara komuniti setempat melibatkan pejabat Wakil Rakyat, agens-agensi kerajaan yang berkaitan dan pemimpin setempat diadakan bagi membincangkan isu berkaitan dengan ban di Sungai Klang. Selain itu, mesyuarat juga membincangkan tentang usaha memperbaiki tebing anak sungai di Kampung Lombong dan kerosakan jalan akibat banjir serta beberapa isu lain.