SelangorToday

KONVENSYEN AMANAH LULUS USUL NARATIF MELAYU BERMARUAH

Konvensyen AMANAH Nasional yang diadakan baru-baru ini di Seremban telah meluluskan usul Naratif Melayu Bermaruah sebagai salah satu agenda utama parti yang telah memasuki umur 7 tahun itu. melalui satu usul yang dicadangkan oleh Naib Presiden AMANAH, Dr. Mujahid Yusof Rawa, usul itu dikemukakan setelah melihat orang melayu hari ini telah terperangkap dengan permainan sentimen perkauman melayu yang menyimpang jauh daripada nilai kemelayuan itu. Ketika mencadang usul tersebut, Dr. Mujahid berkata, dengan permainan sentimen melayu yang diperjuangkan oleh UMNO dan PAS menyebabkan orang melayu masih terkebekalang dan dibelengu. Malah orang melayu terpaksa dihalau ditanah sendiri apabila harta kepunyaan mereka dikuasai oleh elit politik melayu yang bermaharaja lela.

Bekas Menteri Agama, Dr. Mujahid ketika membentangkan usul AMANAH memperjuangkan Melayu Bermaruah

Beberapa tonggak digariskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama Islam) untuk memastikan AMANAH berjaya membawa naratif melayu bermaruah ini. Antaranya AMANAH harus menjadi parti yang membawa segala usaha untuk membina sebuah melayu yang bermaruah. Kedua, AMANAH mengajak orang melayu membawa budaya politik berasaskan nilai, prinsip dan idea-idea yang progresif untum membina semula melayu yang bermaruah. Seterusnya, AMANAH menyeru orang melayu mengambil tanggungjawab memikirkan masa depan negara ini. Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga mahu orang melayu memegang kepada nilai-nilai Islam yang akan menghambat budaya jahiliah dan perkauman sempit.

Usul yang diluluskan majoriti perwakilan semasa Konvensyen AMANAH Nasional itu juga mahu orang-orang melayu memilih pemimpin bukan semata-mata bersandarkan kepada sentimen kaum, namun lebih penting mempunyai keupayaan membina masyarakat yang maju seterusnya menjadikan melayu bermaruah. AMANAH diseru mengajak orang melayu untuk menegak yang hak serta menentang kebatilan. Justeru usul ini dipercayai mampu menjadikan AMANAH sebagai tonggak perubahan orang melayu yang lebih maju dan bermaruah. – Selangor Today.

Exit mobile version