Pemuda AMANAH Selangor melangkah setapak lebih pantas lagi apabila mengumumkan penubuhan Biro E-Sukan dalam Jawatankuasa Penuh organisasi tersebut. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pemudanya, Danial Al-Rashid Harun ketika memberi ucaptama dalam Konvensyen Pemuda AMANAH Selangor di Shah Alam.
Jelas Danial, bertemakan Dari Aspirasi ke Aksi, Konvensyen kali ini menterjemahkan pendekatan dan aksi politik yang sesuai dengan realiti anak muda. Maka dengan sebab itu, Pemuda AMANAH Selangor melihat penubuhan biro E-Sukan selari dengan komitmen sayap kanan AMANAH Selangor itu dalam menyantuni perihal anak muda secara menyeluruh.
Dalam masa yang sama, Ahi Dewan Negeri Batu Tiga itu akan melancarkan Kejohanan Mobile Legends Piala Ketua Pemuda AMANAH Selangor, Konvensyen tahunan itu telah dirasmikan oleh Mohamad Zamir Ghazali, Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional dan turut dihadiri oleh Hj Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.
Disamping itu, Danial yang turut memikul amanah sebagai Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional menyeru Pemuda AMANAH Selangor dari peringkat tertinggi hinggalah ke akar umbi membina jaringan dan jambatan untuk meluaskan peranan Pemuda AMANAH Selangor dengan pelbagai pihak.
Beliau mleihat mencpita lebih ramai kawan berbandng musuh akan memamparkan citra Islam yang lebih berkesan dalam masa yang AMANAH akan diiktiraf sebagai Parti Islam kontemporari. – SelangorToday